Page 18 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 18

FADZREEN ADIERA BINTI FISOL





          Abstrak :

          Inovasi  dalam  pendidikan  khususnya  di  peringkat  sekolah  memainkan  peranan  penting  bagi

          menjayakan  visi  dan  misi  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan.  PdP  Pendidikan  Jasmani  dan
          Kesihatan  pula  merupakan  satu  proses  yang  bertujuan  meningkatkan  prestasi  manusia  melalui
          aktiviti  fizikal  serta  memberi  pendedahan  kepada  pelajar  bagaimana  hendak  menangani
          permasalahan  semasa  meningkat  dewasa  dan  cara  memiliki  kehidupan  yang  seimbang.  Selain
          daripada  meningkatkan  kemahiran-kemahiran  motor,  mencapai  kecergasan  untuk  kesihatan
          optimum,  penting  juga    buat  pelajar  untuk  memperoleh  pengetahuan  bagaimana  hendak
          menyelesaikan   konflik diri yang sering berlaku pada peringkat umur remaja dan pembangunan
          sahsiah. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Jasmani mencari inisiatif untuk
          menarik  minat    pelajar  dan  membuka  pandangan  mereka  terhadap  isu-isu  yang  sering  berlaku
          pada   peringkat   remaja sesuai dengan sukatan pelajaran di dalam  Pendidikan Kesihatan yang
          perlu dipelajari oleh mereka.


          Inovasi yang akan dilakukan ialah  “i-CARE PJPK” dan akan dilaksanakan terhadap pelajar SVM di
          Kolej  Vokasional  Klang.  Objektif  pertama  inovasi  ini  dilakukan  ialah  bagi  memberi  pendedahan
          yang meluas tentang masalahmasalah sosial serta cara   menangani. Kedua, memberi sokongan
          kepada  pelajar-pelajar  dengan  melakukan  aktiviti  atau  kempen  kesedaran.  Secara  konklusinya,
          daripada inovasi ini secara tidak langsung ianya dapat membantu para pelajar supaya lebih peka
          dan cakna dengan keadaan semasa dan lebih yakin untuk menghadapi situasi sebenar.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23