Page 15 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 15

NOOR SHEILA BINTI MD HASIM

                                       NOOR AMIRA BINTI MOHAMED







         Abstrak :


         Terdapat  banyak  perubahan  bentuk  soalan  berdasarkan  format  baharu  pentaksiran
         Bahasa Melayu SPM (KSSM) mulai tahun 2021. Antaranya ialah Soalan 4 Bahagian
         A  dalam  Kertas  2  Bahasa  Melayu  iaitu  soalan    Bahasa  Melayu  Standard  yang
         menguji  kebolehan  pelajar  dalam  menukarkan  ayat  bahasa  Melayu  Klasik  kepada
         bahasa  Melayu  Standard  berdasarkan  prosa  tradisional  yang  bertajuk  ‘Kepimpinan
         Melalui Teladan’ dan ‘ Burung Terbang    Dipipiskan Lada’.

          Ayat  bahasa  Melayu  Klasik  yang  sukar  difahami  telah  menyebabkan    pelajar
         terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan ini. Justeru, teknik BAS
         KE  TUGU  boleh  digunakan  oleh  guru  dan  pelajar  dalam  menukarkan  teks  klasik
         kepada teks moden. Semoga perkongsian teknik BAS KE TUGU dapat dimanfaatkan
         oleh guru bahasa Melayu dan para pelajar.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20