Page 16 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 16

RAZIAH  BINTI AHMAD
                                             HASNI  BINTI HARON




         Abstrak :


         Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PDPR) merupakan norma baru dalam sistem Pendidikan
         negara  kita  setelah  dilanda  COVID-19.  Pelbagai  kaedah  dan  cara  digunakan  oleh  guru  atau
         pensyarah  untuk  memastikan  proses  Pdp  dapat  berjalan  lancar.  Antara  medium  yang  digunakan
         semasa proses Pdpr ialah Google Classroom, Google Meet, Group WhatsApp, Telegeram dan lain-
         lain lagi.

         Kami  mengambil  satu  inisiatif  untuk  menjalankan  satu  inovasi  proses  bagi  melancarkan  proses
         Pdpr. Objektif inovasi ini adalah untuk membantu guru atau pensyarah memilih medium yang sesuai
         dan  berkesan  sepanjang  proses  Pdpr.  Inovasi  ini  juga  diharapkan  dapat  membantu  guru
         menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan dan pelajar dapat memahami ilmu yang disampaikan
         oleh guru dengan lebih baik.

         Penggunaan Microsoft menjadi medium penting dalam pdpr. Sehubungan itu kami ingin berkongsi
         penggunaan Microsoft one note yang sangat memudahkan proses pengajaran. Secara ringkasnya
         perisian ini bertindak sebagai buku nota digital di mana  semua bahan pdp boleh disimpan dalam
         satu tempat .  Guru-guru boleh menyusun bahan pdp dalam one note untuk dikongsi dengan pelajar
         sekiranya  pelajar  tidak  dapat  hadir  kelas.    Di  samping  itu  juga  bahan-bahan  dalam  one  note
         disimpan di dalam cloud jadi ia boleh diakses pada mana-mana komputer dan android pada bila-bila
         masa.  Kita boleh memuatkan bahan multimedia ke dalam onenote, berkongsi link, melukis graf ,
         menaip soalan dan banyak lagi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini bukan satu
         yang baru tetapi ia boleh membantu Pdp kita berjalan dengan lancar kerana ia seperti “2,3,4 dalam
         satu”.

         Harapan  kami  melalui  perkongsian  ini  ,  kita  dapat  mempelajari  sesuatu  yang  boleh  membantu
         memudahkan proses pengajaran secara online. Pelajar juga mendapat manafaat melalui  onenote
         yang dboleh dikongsi secara maya .
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21