Page 5 - SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL TIRANI
P. 5
Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak utama dalam
novel ini ialah waheeda.
Terdapat beberapa tindakan yang diambil oleh Waheeda dalam novel ini.
Antaranya ialah tindakan untuk melakukan rekonstruksi wajah setelah cedera akibat
dicakar oleh monyet belanda. Saya bersetuju dengan tindakan ini kerana Waheeda
dapat mengembalikan keyakinan dirinya dan memulihkan wajahnya yang cedera
melalui pembedahan ini. Selain itu saya juga setuju dengan tindakan waheeda yang
melakukan ujian DNA sebaik sahaja anaknya dilahirkan. Hal ini demikian kerana
melalui keputusan ujian tersebut Waheeda dapat meyakinkan suaminya bahasa anak
yang dilahirkannya ialah anak kandung mereka dan bukan anak hasil hubungan sulit.
Salah satu tindakan Waheeda yang tidak saya setujui ialah tindakan Waheeda membeli
chalet Iwana Iwani setelah dia pulih daripada masalah kemurungan. Hal ini demikian
kerana pada pandangan saya Waheeda perlu memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada anaknya Izzati yang tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ayah.
Kesibukan Waheeda menguruskan perniagaan akan menyebabkan anaknya terabai.

