Page 9 - SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL TIRANI
P. 9

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa

         yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.






         Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.


                        Dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada

         pembaca ialah peristiwa Zahid tidak datang melawat Waheeda yang

         melahirkan anak di Hospital Pakar Normah. Hal ini menimbulkan rasa


         simpati pembaca terhadap Waheeda yang diabaikan oleh Zahid

         walaupun baru sahaja melahirkan anak. Selain itu, peristiwa Zahid

         tidak mahu mengakui Izzati sebagai anak kandungnya kerana

         wajahnya tidak sama seperti dia dan isterinya. Hal ini menimbulkan


         rasa simpati pembaca terhadap nasib anak yang baru dilahirkan itu

         kerana tidak diakui oleh bapanya sendiri.
   4   5   6   7   8   9