Page 7 - SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL TIRANI
P. 7

Contoh jawapan







                       Novel yang saya pelajari ialah novel tirani karya Beb Sabariah.





                       Peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam novel ini ialah peristiwa
        Waheeda sering diejek oleh Mat Gusi, Man  dan Nuar kerana hidungnya pesek. Hal ini dapat

        dijadikan teladan kerana kita tidak sepatutnya mengejek atau mencela seseorang kerana

        kekurangan diri mereka. Selain itu peristiwa Zahid menceraikan isterinya tanpa sebab yang
        kukuh dapat dijadikan pedoman kepada pembaca. Hal ini menjadi pengajaran kepada

        pembaca agar tidak bersikap cemburu buta kerana sikap cemburu dan terburu-buru seperti

        yang dilakukan oleh Zahid menyebabkan rumahtangganya musnah dan isterinya mengalami

        kemurungan. Seterusnya peristiwa Izzati meminta agar Waheeda memafkan kesalahan
        Zahid juga dapat menjadi teladan kepada pembaca agar sentiasa bersikap memafkan orang

        lain. Hal ini demikian kerana Izzati sanggup memaafkan dan menerima Zahid sebagai

        ayahnya walaupun pada awal kelahirannnya Zahid tidak mengakui Izzati sebagai anak
        kandungnya.
   2   3   4   5   6   7   8   9