Page 120 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 120

PERATURAN MENGURUSKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

                                                      TAHUN 2022

                 1.  Penyertaan  semua  guru  /  guru  penasihat  adalah  DIMESTIKAN  bagi  memastikan  keberkesanan
                    pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah. ( Rujuk Subperkara 5.2 dalam surat pekeliling Ikhtisas bil.
                    11985. KP(BS) 8591JLD.11(29) bertarikh 2 Januari 1985 .

                 2.  Guru-guru Penasihat dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan  dalam takwim
                    kelab/persatuan masing-masing pada setiap perjumpaan.

                 3.  Semua guru Penasihat hendaklah mematuhi waktu yang telah ditetapkan:

                    MASA                                AKTIVITI
                    7.30 – 8.30 pagi ( Setiap Selasa )   1M1S / KELAB SUKAN & PERMAINAN
                    7.30 – 8.30 pagi ( Setiap Rabu )    UNIT BERUNIFORM/KELAB PERSATUAN
                    SABTU-Mengikut Keperluan            LATIHAN PASUKAN SEKOLAH
                 4.  Semua ahli unit beruniform hendaklah digalakkan memakai uniform atau kemeja T unit yang disertai
                    setiap kali menyertai aktiviti atau menghadiri perjumpaan.

                 5.  Guru-guru penasihat MESTI mengambil kedatangan ahli-ahli dan menandatangani Kad Kokurikulum ahli.

                 6.  Sekiranya kedatangan ahli-ahli tidak memuaskan , semua Guru Penasihat yang terlibat mesti mengambil
                    tindakan yang sewajarnya dan hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras / Setiausaha Kokurikulum /
                    Guru Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Besar untuk tindakan selanjutnya.

                 7.  Sekiranya berlaku kemalangan dalam masa aktiviti dijalankan , langkah-langkah bantuan awal hendaklah
                    dilaksanakan dengan sertamerta dan melaporkan kepada Penyelaras / GPK Kokurikulum / Guru Besar
                    dengan segera.

                 8.  UTAMAKAN KESELAMATAN pada setiap masa .

                 9.  Semua aktiviti MESTI ditulis di dalam Buku Pelaporan Aktiviti Kokurikulum .

                 10. Buku  Pelaporan  Aktiviti  Kokurikulum  MESTI  diserahkan  kepada  Guru  Penolong  Kanan  Kokurikulum
                    selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu berikutnya. Buku ini mesti sentiasa disimpan di dalam bilik Guru
                    Penolong Kanan Kokurikulum.

                 11. Setiap kejayaan dalam pertandingan pada peringkat Zon / MSSD / MSSJ mesti dilaporkan kepada GPK
                    Kokurikulum  dan  dicatatkan  di  dalam  Kad  Kokurikulum  ahli  dan  di  dalam  buku  Pelaporan  Aktiviti
                    Kokurikulum.

                 12. Sila patuhi Jadual Takwim Kokurikulum Tahunan agar Program Kokurikulum 2022 dapat berjalan dengan
                    lancar.
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125