Page 124 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 124
TUGAS & TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM
sepanjang tahun.
2. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru
penasihatkelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah
supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
4. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
5. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari
Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
6. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun
berkenaan.
7. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan
badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
8. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang
baik dan Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
9. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah
10. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan
beruniform sekolah.
11. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
12. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
13. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri
direkod.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .
TUGAS & TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

