Page 123 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 123
Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oleh Guru-guru
Penyelaras. Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti
diambil tindakan.
Ibu bapa / Penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara
bertulis jika ada murid yang terpilih untuk menghadiri aktiviti Kokurikulum di luar
kawasan / peringkat sekolah .
Sebagai Ketua Penyelaras aktiviti Kokurikulum sekolah / Penolong Kanan
Kokurikulum ialah pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
penguatkuasaan peraturan dan pelaksanaan.
Semua Guru Penyelaras setiap kegiatan Kokurikulum dikehendaki menyediakan
rekod-rekod dan data.
Penghargaan perlu diberi kepada murid-murid yang berjaya dan melibatkan diri
secara aktif pada peringkat sekolah dan sebagainya.
Pengurusan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan
No.5652 Jil 11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967 adaalah spt berikut:-
Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa
4, 5 & 6 120 minit seminggu ( 8 jam sebulan)
Aktiviti-aktiviti kokurikulum perlulah dilaksanakan secara berterusan bagi
mengiktiraf bidang kokurikulum sebagai satu disiplin pendidikan yang menyumbang
terus kepada proses pembangunan kemanusiaan.

