Page 130 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 130
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID
SEMASA KEGIATAN SUKAN
Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan seperti
masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru
penasihat sukan yang berkenaan.
Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalani aktiviti
sukan.
Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan sewaktu
menjalani aktiviti sukan.
Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan guru.
Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan ataupermainan.
Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang bertugas.
Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang
bertugas.

