Page 127 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 127
KELAB/ PERSATUAN & BADAN UNIFORM
1. Guru Pemimpin Unit Beruniform adalah bertanggungjawab akan semua peraturan , latihan
, ujian dan kemajuan pertubuhannya.
2. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada
pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya. Satu daftar keahlian
hendaklah disimpan sebagai rekod.
3. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan pada awal tahun .
4. Setiap guru pemimpin mestilah mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor
pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah / Negeri / Pusat.
5. Guru pemimpin bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang
ditetapkan. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan
tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar. Latihan tambahan pada
hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk dan dimaklumkan.
6. Guru pemimpin adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua keperluan peralatan
yang dikehendaki bagi penubuhannya. Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli
persendirian, guru pemimpin adalah bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan
pemeriksaan.
7. Guru pemimpin bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran / maklumat dan
sebagainya berkaitan dengan pertubuhan bekenaan dan salinan laporan aktiviti hendaklah
dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.
8. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing.
9. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin atau wakil
sekolah
SENARAI TUGAS & TANGGUNGJAWAB PIHAK PENGURUSAN DAN GURU

