Page 129 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 129

GURU PENASIHAT SUKAN


                  Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan  mengetahui isi
                    kandungannya.

                  Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan   selepas aktiviti
                    sukan dijalankan.

                  Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan  selepas aktiviti
                    dijalankan.

                  Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai.

                  Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini.

                  Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan,
                    yang perlu dikecualikan daripada menjalani  aktiviti sukan.Walaubagaimanapun murid
                    berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan
                    dijalankan.

                  Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui murid.

                  Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untuk dilengkapkan
                    dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.


                  Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti  dimulakan dan
                    mengawasi murid sepanjang masa.

                  Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.

                  Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid
                    khususnya murid berkeperluan khas.

                  Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk  tindakan susulan dan
                    maklum balas.

                  Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan)  semasa aktiviti sukan
                    dijalankan.
   124   125   126   127   128   129   130