Page 76 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 76
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?
PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
7. Apakah pertimbangan profesional?
Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran
murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid
dalam pembelajarannya.
8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam
fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat
sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang
dilaksanakan?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia
semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan
instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan
moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional
terhadap murid.
10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?

