Page 78 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 78

tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1
                       dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR
                       (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.


                     Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020,
                       Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.




               16. Mengapakah tiada surat siaran atau pekeliling untuk
               melaksanakan PBD?


                     PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan,
                       pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard
                       Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan
                       pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang
                       berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil.
                       8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.



               17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap

               Penguasaan Keseluruhan?


                     Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata
                       pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran
                       tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam
                       mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun
                       persekolahan.
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83