Page 41 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 41
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
PBD 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat Buku Teks ms. 24 – 25
PBD
PBD
2. Jawab soalan berikut tentang Revolusi Keagungan (1688). SP 9.2.2 TP3
Soalan Jawapan
(a) Apakah sebab berlakunya Revolusi
Keagungan? Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan
hak asasi rakyat.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(b) Mengapakah pemerintahan Raja James II Pemerintahan raja berkuasa mutlak dan
ditentang oleh ahli parlimen? membelakangkan parlimen semasa menggubal
undang-undang.
(c) Namakan pemerintah dari Belanda yang
memberi sokongan kepada ahli parlimen Raja William of Orange
England.
(d) Apakah dasar yang diperkenalkan semasa
pemerintahan Marry II dan Raja William of Konsep kedaulatan parlimen, sistem raja
Orange? berperlembagaan dan penggubalan Bill of Rights.
3. Lengkapkan ayat berikut tentang Revolusi Amerika (1776). SP 9.2.2 TP3
(a) Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British yang tidak melindungi hak penduduk
Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British.
(b) Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika. Penduduk Amerika menentang akta untuk
memungut cukai seperti Akta Pelayaran, Akta Gula , Akta Teh dan Akta Setem.
(c) Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan ” kerana
tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
(d) Pemimpin di tanah jajahan diketuai oleh George Washington menubuhkan kongres dan
mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.
(e) Pada Julai 1776 , kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson . Perisytiharan tersebut menegaskan jika sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin
kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka rakyat berhak menubuhkan kerajaan baharu.
(f) Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
13 buah tanah jajahan digabungkan dan diberi nama Amerika Syarikat yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi .
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
02 Bab 2.indd 14 9/28/21 8:56 AM

