Page 46 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 46
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
PBD
PBD 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara Buku Teks ms. 28 – 31
PBD
10. Lengkapkan ayat di bawah tentang nasionalisme di Filipina. SP 9.2.4 TP3
diplomasi Jose Rizal Kalayan radikal
Liga Filipina Emilio Aguinaldo kemerdekaan Sergio Osmena
Revolusi Filipina hak yang sama Amerika Syarikat Andres Bonifacio
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Nasionalisme di Filipina pada peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh
(a) Jose Rizal . Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol, bangsa Filipina
diberikan (b) hak yang sama seperti bangsa Sepanyol, dan kebebasan bersuara.
Apabila tidak mendapat tindak balas daripada Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan
(c) Liga Filipina pada tahun 1892 mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik,
ekonomi, dan sosial. Kegagalan Gerakan Propaganda mencetuskan idea nasionalisme yang lebih
(d) radikal .
Katipunan ditubuhkan oleh (e ) Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan melalui revolusi.
Akhbar (f) Kalayan menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina. Andres Bonifacio dan
Emilio Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan (g) Revolusi Filipina pada tahun 1896 untuk
menyingkirkan Sepanyol namun gagal. Emilio Aguinaldo bekerjasama dengan (h) Amerika Syarikat
mengusir Sepanyol dari Filipina.
Perisytiharan Kemerdekaan Filipina pada tahun 1899 oleh (i) Emilio Aguinaldo tidak diiktiraf oleh
Amerika Syarikat. Di bawah penjajahan Amerika Syarikat, perjuangan nasionalisme menggunakan dasar
(j) diplomasi melalui parti politik sederhana. Pendekatan kerjasama telah membolehkan
(k) Sergio Osmena , pemimpin Parti Nasionalis menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun
1907. Gerakan nasionalisme untuk menuntut (l) kemerdekaan Filipina diteruskan sehingga Perang
Dunia Kedua.
11. Lengkapkan ayat di bawah tentang nasionalisme di Burma (Myanmar). SP 9.2.4 TP3
petani Aung San kesucian berkerajaan
sami Buddha isu kasut Dr. Ba Maw kelas pertengahan
Pemberontakan Saya San Golongan Thakin Revolusi Pelajar Persatuan Belia Buddha
(a) Nasionalisme di Burma adalah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha
(pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan golongan petani menentang imperialisme British.
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Bab 2.indd 19 9/28/21 8:56 AM

