Page 44 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 44
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
7. Gariskan jawapan yang betul tentang nasionalisme di empayar Uthmaniyah dan Mesir. SP 9.2.3 TP3
(a) Nasionalisme di empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada (kesedaran / kebangkitan) untuk
mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam kesan ancaman imperialisme Barat pada
abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
(b) Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani telah menubuhkan kumpulan yang diberikan nama
al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat). Kumpulan ini ditubuhkan untuk mengukuhkan semangat
(perkauman /persaudaraan) dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(c) Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme,
iaitu seruan (penyatuan / pemisahan) persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit
menghalang peluasan kuasa Barat.
(d) Pada tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah
Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah. Khalifah Abdul Hamid II, iaitu
pemerintah empayar Uthmaniyah, menggerakkan idea (Pan-Islamisme / demokrasi).
(e) Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu. Contohnya,
kebangkitan (Dato’ Bahaman / Tok Janggut) menentang British di Kelantan pada tahun 1915.
(f) Gerakan Islah merujuk gerakan (pemulihan / pemodenan) Islam. Gerakan ini dipelopori oleh Sayyid
Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
(g) Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika
dengan kebudayaan (asing / tempatan) yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat
tempatan.
(h) Gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran
dan (Kitab / Hadis) serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan.
8. Lengkapkan ayat di bawah tentang nasionalisme di Jepun. SP 9.2.3 TP3
tentera Barat bushido Meiji kemajuan berkorban
ekonomi tanggungjawab perindustrian pemulihan pembaharuan pemodenan
(a) Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan kesedaran untuk mencapai
kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat .
(b) Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan
pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.
(c) Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat
dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji .
(d) Semangat bushido ialah sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita
dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Bab 2.indd 17 9/28/21 8:56 AM

