Page 15 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 15

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Pengenalan kepada Ekonomi

              16.  Maklumat di bawah berkaitan dengan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).  TP 6
                                      Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)
                   Projek  Landasan  Kereta  Api  Pantai  Timur  (ECRL)  sepanjang  620  kilometer  (km)  bernilai
                   RM55  bilion  akan  dibina  dan  dibiayai  oleh  China.  Kontrak  pembinaan  dianugerahkan  kepada
                   syarikat  China Communication Construction Company Ltd  (CCCC)  manakala  perjanjian  kewangan
                   akan dibuat dengan  Export-Import  Bank  of   China (EXIM). Pembinaan landasan itu akan
                   memudahkan pelbagai produk keluaran pantai timur dibawa ke pantai barat, terutama Pelabuhan
                   Klang. Ini akan menjadikan pasaran lebih kompetitif disebabkan kos pengangkutan rendah,
                   selain menaikkan taraf hidup penduduk. Projek itu boleh dimulakan pada tahun hadapan
                   jika  semua  urusan  berkaitan  selesai  pada  hujung  tahun  ini.  Projek  ECRL  dijangka  dapat
                   membantu  pembangunan  Wilayah  Ekonomi  Pantai  Timur  (ECER)  iaitu  kawasan  seluas  lebih
                   66  000  kilometer  persegi  atau 51%  daripada keluasan  Semenanjung  Malaysia  dengan jumlah
                   penduduk seramai 4.43 juta (tahun 2014). ECER merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan
                   Pahang serta daerah Mersing di Johor.
                                                    (Dipetik dan disesuaikan daripada: http://    www.bharian.com.my)

                  Buat kajian tentang kos dan faedah projek tersebut, berikan pendapat anda tentang pelaksanaan projek ini.
                  Kos:
                  •  Kos yang terlibat dalam projek ini ialah RM55 bilion yang dipinjam dari China.

                  •  Kerajaan juga terpaksa membayar faedah untuk pinjaman tersebut.
                  •  Ini  akan  menyebabkan  kerajaan  terpaksa  menanggguhkan  projek  pembangunan  lain  kerana
                    peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk membayar faedah serta pokok pinjaman.
                  •  Kos penyelenggaraan dan kos operasi lain yang terlibat dalam projek ini.

                  •  Kos lain seperti kemusnahan hutan dan peningkatan aktiviti ekonomi menyebabkan kesesakan serta
                    pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara.
                  Faedah:
                  •  Penjimatan masa perjalanan.

                  •  Penjimatan kos pengangkutan.
                  •  Mempelbagaikan aktiviti ekonomi di pantai timur.
                  •  Peningkatan peluang pekerjaan.
                  •  Peningkatan pendapatan masyarakat.

                  •  Peningkatan taraf hidup masyarakat.
                  •  Mempelbagaikan pilihan barangan.
                  •  Menurunkan harga barangan akibat pilihan yang banyak.
                  (Terima jawapan lain yang munasbah)











               TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6      13                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20