Page 18 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 18

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Pengenalan kepada Ekonomi

            SP 1.2.2 Menghuraikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan

            20.  Gambar rajah berikut menunjukkan pengelasan sesebuah sistem ekonomi.  TP 2

                                                                                   Info
                            Sistem         Sistem        Sistem
                           ekonomi A      ekonomi B     ekonomi C
                                                                                       Bab1_EkonCampuran
                       100%                                      0%
                      kawalan                                   kawalan
                      kerajaan                                  kerajaan
               Berdasarkan rajah di atas, terangkan secara ringkas tentang ketiga-tiga jenis sistem ekonomi.
               (a)  Sistem ekonomi A

                   Merupakan sistem ekonomi perancangan pusat. Ia merupakan satu sistem ekonomi yang kerajaan
                   atau badan perancangan pusat berkuasa penuh dalam membuat segala keputusan ekonomi.
               (b)  Sistem ekonomi C
                   Merupakan sistem ekonomi pasaran bebas. Ia merupakan satu sistem ekonomi yang individu dan

                   pihak swasta bebas membuat segala keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan.
               (c)  Sistem ekonomi B
                   Merupakan sistem ekonomi campuran. Satu sistem ekonomi yang menggabungkan pelbagai ciri
                   kebaikan dalam sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.


            21.  Kenal pasti sistem ekonomi bagi setiap ciri di bawah.  TP 3
                                            Ciri                                  Sistem ekonomi

                 (a)  Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan                      Perancangan pusat

                 (b)  Pengguna dianggap sebagai raja                               Pasaran bebas

                 (c)  Keputusan ekonomi dibuat oleh sektor swasta dan sektor kerajaan  Campuran
                 (d)  Motif pengeluaran adalah mengimbangi keuntungan dan kebajikan  Campuran

                 (e)  Tiada persaingan dalam kalangan pengeluar                  Perancangan pusat

                 (f)  Pengeluar bermotifkan keuntungan maksimum                    Pasaran bebas

                 (g)  Harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran         Pasaran bebas
                 (h)  Sumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta dan sektor kerajaan  Campuran

                 (i)  Pengguna tidak bebas membuat pilihan                       Perancangan pusat

                 (j)  Keputusan ekonomi dibuat oleh sektor swasta                  Pasaran bebas

                 (k)  Persaingan sihat dalam kalangan pengeluar                      Campuran

                 (l)  Sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan sektor swasta      Pasaran bebas


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               16     TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23