Page 17 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 17

Ekonomi  Ting. 4 KSSM  Bab 1  Pengenalan kepada Ekonomi


                    1.2   Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah                         Buku Teks ms. 16 – 35
                          Asas Ekonomi

              SP 1.2.1 Menghuraikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan
                                                                              Video
              18.  Senaraikan masalah asas ekonomi.  TP 1
                                                                                   Bab1_MasalahAsas_vs_SisEkon
                  (i)  Apa yang hendak dikeluarkan
                  (ii)  Berapa yang hendak dikeluarkan
                  (iii) Bagaimana hendak dikeluarkan
                  (iv) Untuk siapa dikeluarkan


              19.  Situasi di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi.


                   Syarikat Merah Padu Berhad bercadang untuk mengeluarkan 300 000 keping fail kertas. Fail kertas ini sesuai
                   untuk pelajar sekolah dan juga pelajar kolej. Kilang syarikat ini menggunakan teknologi pengeluaran Taiwan
                   yang dapat menjimatkan kos buruh sehingga 40%.

                  Jelaskan masalah asas ekonomi yang diselesaikan dalam situasi di atas.
                  Apa yang hendak dikeluarkan
                  – Masalah ini berkaitan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan. Ia diselesaikan melalui

                    permintaan masyarakat. Dalam situasi ini, syarikat mengeluarkan fail kertas.
                  Berapa yang hendak dikeluarkan
                  – Masalah ini berkaitan menentukan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan. Ia diselesaikan melalui
                    permintaan masyarakat. Dalam situasi ini, syarikat mengeluarkan 300 000 keping fail kertas.

                  Bagaimana hendak dikeluarkan
                  – Masalah ini  berkaitan  menentukan  kaedah pengeluaran  barang.  Ia diselesaikan  melalui  memilih

                    sama ada kaedah berintensifkan modal atau berintensifkan buruh  yang paling cekap dan dapat
                    meminimumkan kos. Syarikat ini menggunakan teknologi pengeluaran Taiwan yang dapat menjimatkan
                    kos buruh sehingga 40%.
                  Untuk siapa dikeluarkan

                  – Masalah ini berkaitan menentukan pengagihan barang kepada kumpulan pengguna yang menjadi
                    sasaran. Dalam situasi ini, syarikat menyasarkan pelajar sekolah dan juga pelajar kolej.









                  Cuba jawab   Praktis SPM K2, S2(b), m/s 27




               TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6      15                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22