Page 22 - PBD Plus Ekonomi T4 (EG)
P. 22
Ekonomi Ting. 4 KSSM Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi
SP 1.2.4 Menerangkan ciri-ciri utama ekonomi Islam
25. Jelaskan tiga ciri-ciri utama ekonomi Islam. TP 3
(a) Sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam di mana keputusan ekonomi
berlandaskan al-Quran dan Hadis.
(b) Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu dalam membuat keputusan ekonomi
demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
(c) Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat di mana prinsip kesederhanaan amat
diutamakan.
Cuba jawab Praktis SPM K2, S1(d), m/s
26. Maklumat di bawah menunjukkan ekonomi di Malaysia. TP 6
Ekonomi Malaysia merupakan sebuah ekonomi pasaran perindustrian baharu dan ekonomi keempat terbesar
di Asia Tenggara serta ke-35 terbesar di dunia. Malaysia merupakan ekonomi ketiga terkaya di Asia Tenggara
berdasarkan nilai pendapatan per kapita. Kejayaan perkembangan ekonomi Malaysia disebabkan kerjasama antara
sektor swasta dan awam serta pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan
menjaga kebajikan masyarakat. Galakan pelaburan seperti taraf perintis untuk menggalakkan pelaburan asing ke
negara kita telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Sebahagian besar sumber hasil kerajaan ialah
kutipan cukai pendapatan serta cukai barang dan perkhidmatan yang digunakan untuk pembangunan ekonomi
serta penyediaan pelbagai barang awam untuk rakyat Malaysia. Kadar cukai yang tinggi ke atas rokok dan arak telah
berjaya mengurangkan penggunaan barang tersebut. Untuk memastikan kebajikan rakyat berpendapatan rendah,
kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan seperti subsidi minyak, subsidi pendidikan tinggi serta bantuan sara
hidup (BSH). Kerajaan juga menubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Mycc) untuk memastikan persaingan
sihat dalam kalangan pengeluar serta melindungi kepentingan pengguna. Barangan seperti gula, garam, roti dan
minyak masak telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai barang kawalan untuk menghindari perbuatan sorokan
serta memastikan bekalan barang sentiasa mencukupi. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan pendidikan
tinggi dengan kos yang rendah berbanding dengan kemudahan pendidikan sektor swasta yang terlalu tinggi.
Ini membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mampu melanjutkan pelajaran di peringkat sijil,
diploma dan ijazah. Pelbagai projek perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta pembinaan rumah
kos rendah membantu rakyat berpendapatan rendah supaya memiliki rumah sendiri.
(a) Jelaskan bentuk campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi tersebut.
• Penguatkuasaan undang-undang dan insentif
• Pengenaan cukai
• Program menjaga kebajikan masyarakat
• Memastikan persaingan sihat dalam kalangan pengeluar
• Mengawal bekalan barang keperluan
• Menyediakan barang awam
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6

