Page 12 - PRAKTIS HEBAT SPM P.AKAUN TG5
P. 12

Prinsip Perakaunan  Tingkatan 5  Praktis 3  Perakaunan untuk Kawalan Dalaman
                 Urus niaga tunai yang sebenar sepanjang tiga bulan berakhir 31 Mac 2020 ialah:

                                                                          RM
                                           Jualan Tunai                 25 600
                                           Bayaran kepada Pembekal       6 600
                                           Bayaran Pendahuluan           1 000
                                           Bayaran Baki Komputer         2 000
                                           Kadar Bayaran                   600
                                           Gaji                          2 500
                                           Belanja Lain                    200
                 Anda dikehendaki:   TP3
                 (a)  Menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.
                 (b)  Ulaskan prestasi perniagaan dengan membandingkan belanjawan dengan urus niaga sebenar bagi 3
                     bulan tersebut.

              12.  Zuraini bercadang untuk membuka Kedai Cuci Kereta pada 1 Januari 2020 dengan modal permulaan yang
             SPM  terdiri daripada:
             2019
                                                         RM
                  Tunai di bank                          2 000
                  Tunai di tangan                        1 000
                  Mesin cuci kereta secara automatik    50 000
                 Zuraini bercadang untuk memohon pinjaman sebanyak RM15 000 pada Februari 2020 berkadar faedah 8%
                 setahun. Pinjaman akan dibayar balik secara bulanan selama 5 tahun, bermula bulan berikutnya.

                 Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi perniagaannya adalah seperti yang berikut:
                 (i)  Hasil daripada perkhidmatan cuci kereta bagi Januari ialah RM9 800. Hasil ini dijangka meningkat
                     10% setiap bulan daripada bulan sebelumnya.
                 (ii)  Jumlah belian bahan pencuci mengikut bulan adalah seperti berikut:

                                                         RM
                      Januari                            1 200
                      Februari                           1 500
                      Mac                                2 000
                     50% belian bahan pencuci akan dibayar secara tunai dan bakinya akan dijelaskan pada bulan berikutnya.
                 (iii)  Sewa bulanan ialah RM1 500.
                 (iv)  Anggaran belanja utiliti:
                                                          RM
                      Januari                             780
                      Februari                            850
                      Mac                                 980
                 (v)  Perniagaan merancang untuk membeli lima unit pembersih hampagas dan seunit mesin cuci kereta
                     automatik  dengan kos keseluruhan berjumlah  RM30 000 pada bulan Mac. Bayaran pendahuluan
                     sebanyak 40% akan dibuat dan baki dijelaskan sepenuhnya pada bulan berikutnya.


                 (a)  Anda dikehendaki menyediakan bagi pihak Zuraini, belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31
                     Mac 2020.
                 (b)  Sekiranya penerimaan dan pembayaran sebenar bagi tempoh Januari hingga Mac 2020 adalah seperti
                     berikut:
                                                             RM
                      Hasil perkhidmatan cuci kereta        35 200
                      Belian bahan pencuci                  3 000
                     Bandingkan dapatan di 12(a) dengan 12(b), berikan pendapat anda.
                                                                                                Mengaplikasi
             © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              32





       03 Hebat! P.Akaun Tg5.indd   32                                                              12/04/2020   11:21 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17