Page 14 - PRAKTIS HEBAT SPM P.AKAUN TG5
P. 14
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 Praktis 3 Perakaunan untuk Kawalan Dalaman
(ii) Anggaran jualan bagi bulan Oktober ialah RM40 000. Jualan dijangka meningkat 20% setiap bulan
daripada bulan sebelumnya. Nisbah jualan tunai dengan jualan kredit ialah 1 : 9. Tempoh kredit sebulan
diberikan kepada pelanggan.
(iii) Anggaran belian bagi bulan Oktober ialah RM26 000. Belian dijangka meningkat 10% setiap bulan
daripada bulan sebelumnya. Belian kredit ialah 70% dan perlu dijelaskan dalam bulan berikutnya.
(iv) Pinjaman bank telah diambil pada 1 Januari 2020 berjumlah RM30 000. Pinjaman dijelaskan secara
ansuran bulanan bermula sebulan kemudian dengan faedah pinjaman RM150 sebulan.
(v) Perniagaan dibantu oleh 3 orang pekerja dengan gaji bulanan RM1 900 sebulan seorang. Seorang
pekerja baharu akan diambil dalam bulan November.
(vi) Belanja bulanan berikut dijelaskan setiap bulan:
RM
Sewa 1 500
Utiliti 800
Belanja lain 500
(vii) Simpanan Tetap dilakukan di Bank Momota Berhad dengan kadar faedah 2% setiap tiga bulan.
(viii) Peruntukan Hutang Ragu 5% atas Akaun Belum Terima bersih.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2020.
(b) Encik Goo mengamalkan sikap konservatif dalam pengurusan aliran tunai. Beliau mengamalkan baki
akhir minimum RM10 000 setiap bulan. Berikan dua cadangan anda bagi membaiki aliran tunai dalam
bulan yang tidak menepati amalan tersebut.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34
03 Hebat! P.Akaun Tg5.indd 34 12/04/2020 11:21 AM

