Page 9 - PRAKTIS HEBAT SPM P.AKAUN TG5
P. 9

Prinsip Perakaunan  Tingkatan 5  Praktis 3  Perakaunan untuk Kawalan Dalaman
                   Berikut adalah Penyata Bank bagi bulan November 2020 yang telah diterima oleh Peniaga Sunny.

                                                        PENYATA BANK
                                                       Bank Makmur Berhad
                                                    Lot 28, 79100 Iskandar Puteri,
                                                            Johor.
                    Peniaga Sunny                                                Tarikh: 30 Nov. 2020
                                                                                 No. Akaun: 1023-4958-4490-00
                      Tarikh                   Butir                    Debit       Kredit      Baki
                       2020                                              RM          RM          RM
                       Nov. 1  Baki                                                              (587)
                          5   Faedah overdraf                              35                    (622)
                          8   Deposit                                                890         (268)
                         10   Dividen – Syarikat Jaya                                453         (721)
                         12   Cek No. 1033                               451                     (270)
                         16   Deposit                                                635         (905)
                         17   Deposit                                                670       (1 575)
                         18   Cek No. 1034                               350                   (1 225)
                         22   Deposit                                                392       (1 617)
                         27   Insurans                                   240                   (1 377)
                         28   Caj bank                                     50                  (1 327)
                         30   Cek No. 1035                               690                     (637)

                   Anda dikehendaki menyediakan:
                   (a) Buku Tunai ruangan bank.
                   (b) Penyata Penyesuaian Bank bermula dengan baki Buku Tunai (tanpa mengemas kini Buku Tunai).

                 6.  Peniaga Sunny menerima Penyata Bank pada 30 November 2020 yang menunjukkan debit RM55, manakala
                   Buku Tunai menunjukkan baki debit RM1 450.  Setelah meneliti buku-buku tersebut, didapati perbezaan itu
                   disebabkan oleh perkara-perkara yang berikut:
                   (i)  Cek bernilai RM320 kepada pembekal dicatatkan dalam Buku Tunai sahaja.
                   (ii)  Penerimaan cek bernilai RM800 telah direkodkan ke dalam Buku Tunai tetapi belum dimasukkan dalam
                       Penyata Bank.
                   (iii)  Buku cek RM15 dan caj bank RM30 belum direkodkan dalam Buku Tunai.
                   (iv)  Premium  insurans RM480 telah  didebitkan  dalam  akaun  bank atas  perintah  sedia  ada  tetapi  tidak
                       direkodkan dalam Buku Tunai.
                   (v)  Cek tak layan bernilai RM500 belum direkodkan dalam Buku Tunai.
                   Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank tanpa menyelaraskan Buku Tunai.   TP5

                 7.  Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Loong menunjukkan baki kredit RM5  100 pada 30 Oktober
                   2020. Baki ini berbeza dengan baki Buku Tunai pada tarikh tersebut.
                   Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa perkara yang berikut:
                   (i)  Cek bernombor 117683 bernilai RM650 dibayar kepada Peniaga Soo belum dikemukakan kepada bank.
                   (ii)  Bank telah mendebitkan akaun Perniagaan Loong sebanyak RM20 untuk buku cek.
                   (iii)  Cek bernombor 256014 bernilai RM390 belum dikreditkan oleh bank.
                   (iv)  Bank telah membayar insurans RM400 atas arahan perintah sedia ada.
                   (v)  Cek bernombor 398240 yang diterima daripada Encik Tan sebanyak RM560 menjadi tak layan.
                   (vi)  Pihak bank mengkreditkan akaun dengan dividen RM100.

                    Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 Oktober 2020.







                                                           29                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





       03 Hebat! P.Akaun Tg5.indd   29                                                              12/04/2020   11:21 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14