Page 38 - Hybrid PBD 2022 Tg 5 - Bahasa Melayu
P. 38

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Tema 1

                 PBD     Kemahiran Menulis       SP 3.1.1                                            TP
                 PBD
                  PBD
                Berdasarkan petikan di bawah ini, jelaskan maksud perkataan dengan betul mengikut konteks
                pemahaman anda.

                  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan kesihatan ialah keadaan yang merangkumi kesihatan
                  seseorang secara menyeluruh meliputi fizikal, sosial, dan mental. Perkembangan kemajuan negara yang
                  semakin meningkat turut memberikan kesan kepada peningkatan kes masalah mental dalam kalangan
                  rakyat di Malaysia. Buktinya, berlaku peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental
                 6.  sifat Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                  sejak sedekad lalu. Hal ini berlaku kerana kegagalan pesakit untuk mengenal pasti tanda dan  punca
                  penyakit ini dalam diri mereka sendiri. Penyakit mental yang ada pada diri seseorang boleh diibaratkan
                  sebagai bom jangka yang dapat meletus pada bila-bila masa.
                       Penyakit ini bukan sahaja berpunca daripada faktor genetik yang boleh diwarisi daripada ahli
                  keluarga yang mempunyai sejarah masalah penyakit mental tetapi juga boleh berlaku disebabkan oleh
                  gangguan fungsi bahan kimia dalam otak, jangkitan virus, dan faktor persekitaran yang mencabar.
                  Selain itu, kajian juga mendapati bahawa masalah yang dialami oleh kanak-kanak dapat menyebabkan
                  berlakunya masalah mental apabila mereka dewasa.
                       Kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan bagi tahun 2017  bertujuan untuk mengkaji remaja
                  yang berusia antara 13 hingga 17 tahun mendapati bahawa satu daripada tiga remaja mengalami gejala
                  kemurungan. Selain itu, dua daripada lima remaja dikesan mempunyai sifat keresahan dan tekanan yang
                  melampau. Oleh itu, sangat penting bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan awal. Ujian kesihatan General
                  Health Questionnaire (GHQ) banyak memberikan sumbangan dalam mengesan penyakit mental. Kaedah
                  ini membantu pakar psikiatri untuk mengenal pasti status masalah kesihatan mental dan membolehkan
                  rawatan dilakukan. Rawatan yang diberikan meliputi penggunaan ubat-ubatan dan pendekatan sokongan.
                  Pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga,
                  dan pendidikan psikologi diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah mental yang ringan.
                       Tuntasnya, pelbagai pihak perlu meningkatkan  usaha  untuk mengatasi masalah ini. Promosi
                  kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperti sektor kerajaan, swasta, dan organisasi
                  komuniti. Tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk mempromosikan kesihatan mental sepanjang
                  hayat, iaitu sejak peringkat kanak-kanak lagi. Hal ini adalah untuk mencegah penyakit mental daripada
                  berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua.

                              (Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Memahami Masalah Kesihatan Mental’, Portal Myhealth,
                                                                              Kementerian Kesihatan Malaysia)


                    Perkataan                                     Maksud
                 1.  kesan         bekas, akibat, impak, implikasi
                 2.  punca         sebab, faktor
                 3.  fungsi        peranan, tanggungjawab, tugas
                 4.  masalah       halangan, kekangan, cabaran, kesulitan, rintangan

                 5.  bertujuan     bermatlamat, objektif
                                   ciri, bentuk, kriteria
                 7.  sumbangan     jasa, bakti
                 8.  usaha         langkah, cara, kaedah, modus operandi
                                                                                                  Jawapan
                                                                             Praktis PdPR         Praktis PdPR
                                                                             Tema 1               Tema 1
                   Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
                  Murid dapat…
                  •  menjelaskan maksud perkataan dalam ayat dengan betul mengikut konteks

                                                             3                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         TEMA01 Hybrid BM TG5.indd   3                                                                 27/10/2021   8:12 AM
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43