Page 43 - Hybrid PBD 2022 Tg 5 - Bahasa Melayu
P. 43
Bahasa Melayu Tingkatan 5 Tema 3
PBD
PBD Aspek Seni Bahasa SP 4.1.2 TP
PBD
Fahami petikan sajak. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah ini.
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Dapat rusa belang kaki Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Berguru kepala ajar Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Ibarat bunga kembang tak jadi
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Dialah pemberi paling setia Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Tiap akar ilmu miliknya Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Pelita dan lampu segala Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Usman Awang
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Diselenggara oleh Zam Ismail, 1989.
Jika hari ini seorang ulama yang mulia Antologi Guru Oh Guru, Dewan Bahasa dan
Jika hari ini seorang peguam menang bicara Pustaka
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
(i) Berdasarkan rangkap terakhir sajak di atas, jelaskan maksud yang hendak disampaikan oleh
penyajak.
Rangkap terakhir sajak di atas bermaksud budi dan jasa guru sukar untuk dilupakan. Golongan
guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat “Cikgu” sehingga ke akhir hayat mereka.
(ii) Bincangkan persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
Antara persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah hubungan seorang guru dengan muridnya
seperti hubungan ahli keluarga, tugas guru sangat mencabar, dan guru bertanggungjawab
untuk melahirkan individu yang berjaya dalam masyarakat.
(iii) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru?
Pada pandangan saya, guru perlulah mempunyai kesabaran yang tinggi. Selain itu, guru perlu
tabah dalam menjalankan tugas di mana-mana sahaja. Guru juga perlu sentiasa mempunyai
jalinan hubungan yang baik dengan murid-murid.
21
............................................................................................ .
Kriteria Kejayaan: PAK-
Murid dapat…
• menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
TEMA03 Hybrid BM TG5.indd 12 27/10/2021 8:14 AM

