Page 40 - Hybrid PBD 2022 Tg 5 - Bahasa Melayu
P. 40

TEMA                                                         Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Tema 3


                     3             Kerjaya Meniti Jaya






                                                                                      Buku teks ms. 28 – 40


                 PBD
                 PBD     Kemahiran Mendengar dan Bertutur          SP 1.2.1                          TP
                  PBD

                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                Berdasarkan pernyataan dan situasi di bawah ini, bina ayat yang terdiri daripada ayat penyata,
                ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah yang bersesuaian.
                  Kerjaya 1

                      Kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang sangat mencabar dan berisiko. Namun begitu, kerjaya
                  ini menjadi cita-cita pilihan Jamal Karim (40 tahun) sejak kecil lagi. Beliau amat berkemahiran dalam
                  melakukan pelbagai aksi aerobatik yang mendebarkan dengan menggunakan pesawat canggih jenis
                  Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Aerobatik
                  Pesawat MiG-29N pada Pertunjukan Udara LIMA. Beliau mengingatkan murid-murid di sekolah agar belajar
                  dengan bersungguh-sungguh untuk supaya berjaya pada masa hadapan.

                  Ayat Tanya    Apakah cita-cita Jamal Karim sejak kecil?

                  Ayat Seruan   Wah, hebatnya aksi aerobatik yang dilakukan oleh Encik Jamal Karim!
                  Ayat Penyata  Encik Jamal Karim Ahli Aerobatik Pesawat MiG-29N pada Pertunjukan Udara LIMA.
                                Sila belajar dengan bersungguh-sungguh sekiranya ingin berjaya pada masa
                  Ayat Perintah
                                hadapan.

                  Kerjaya 2

                      Pengalaman paling mencabar apabila menjalankan bedah siasat terhadap mayat seorang wanita
                  warga  asing  yang  anggota  badannya  dikerat  kepada  beberapa  bahagian.  Itulah  keadaan  mayat  yang
                  paling mengerikan yang pernah dilihat oleh beliau sepanjang bergelar ahli patologi di Jabatan Forensik
                  Kuala Lumpur. Walaupun mengerikan, namun menurut Dr. Siti (39 tahun), bedah siasat mayat bukan sahaja
                  penting untuk mengetahui punca kematian, tetapi dapat membantu pihak polis untuk menjalankan
                  siasatan. Tugas ahli patologi sama seperti pegawai penyiasat jenayah. Akhirnya, keadilan dapat ditegakkan
                  untuk si mati dan hukuman dapat dijatuhkan kepada penjenayah.


                  Ayat Tanya    Apakah pengalaman paling mencabar sepanjang menjadi ahli patologi?
                  Ayat Seruan   Eh, ngerinya keadaan mayat itu!
                  Ayat Penyata  Tugas ahli patologi sama seperti pegawai penyiasat jenayah.
                                Tolong tegakkan keadilan dengan memastikan penjenayah dapat dijatuhi
                  Ayat Perintah
                                hukuman.

                   Kriteria Kejayaan:  ............................................................................................ .
                  Murid dapat…
                  •  membina ayat yang terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah yang bersesuaian


                                                             9                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         TEMA03 Hybrid BM TG5.indd   9                                                                 27/10/2021   8:14 AM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44