Page 20 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 20

Peserta yang Tidak Sempat Dirawat, Peserta yang Sebenarnya Tidak Wujud


             ini merupakan  keyboard warrior  di dunia maya.
             Lantang  memberi  komen  dan  berfikiran  kritis,
             dia berani meluahkan pendapat dan tidak gentar
             pada sesiapa sahaja.
                 “Natthawut, saya tanya ni! Kamu tak
             dengarkah?” guru sejarah itu meninggikan suara
             tetapi pelajar itu masih leka dengan dunianya.
             Dia seolah-olah tidak lagi berada di dunia
             realiti dan sudah tenggelam dalam dunia maya
             sehingga tidak mendengar apa-apa. Tangannya
             masih menekan ki pada skrin, menulis komen
             bagi membalas kata-kata yang seolah-olah
             bergema dalam kepalanya.
                 Guru Sejarah itu terus meluru mendapatkan
             pelajar bernama Natthawut itu. Dirampasnya
             telefon bimbit di tangan pelajar itu, mengembalikan
             pelajar tersebut ke alam nyata tanpa rela.
                 “Sekarang  bukan masa  untuk  berfacebook.
             Sekarang masa untuk kelas saya. Saya akan
             simpan telefon bimbit kamu. Minta ibu bapa
             kamu berjumpa saya esok. Mereka patut tahu
             apa yang kamu buat di sekolah. Mereka patut
             tahu yang kamu leka dengan facebook sampai
             lalai dalam pelajaran. Markah kamu sebelum
             ini pun memang teruk. Sekarang kamu dah
             tingkatan 6. Kamu tak mahu melanjutkan
             pelajaran sampai universiti ke?” bentak guru


                                  15
   15   16   17   18   19   20   21   22