Page 16 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 16

Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB


             dan membunuh mereka. Anda tentu pernah
             mengikuti perkembangan berita ini bukan? Di
             sinilah! Di pusat rawatan PHUB ini! Bunraku
             merupakan idola kami. Tetapi berbeza dengan
             Bunraku, kami hanya menghukum orang yang
             melakukan kejahatan dalam ‘dunia facebook’
             sahaja. Anda semua bukan kumpulan pertama
             penerima rawatan di sini. Sudah banyak sesi
             rawatan yang kami jalankan. Kalau ditanya
             adakah kami berjaya, sudah tentu!  Ada yang
             hilang jasad dan nyawa di sini, bukan? Ha…
             ha… ha!” Wanita itu ketawa. Kesemua sembilan
             orang yang berada di situ terus berundur.
             “Apa kata kita mulakan rawatan pemulihan
             selepas saya tayangkan kisah semua sepuluh
             peserta melalui skrin LED? Jadi, anda semua
             akan tahu kejahatan apa yang dilakukan rakan
             peserta anda. Saya tayangkan kejadian sebenar
             dalam bentuk animasi supaya tidak begitu
             menakutkan. Seperti yang saya katakan tadi,
             semua yang berada di sini ada berbuat jenayah,
             berpunca daripada laman sosial facebook. Kalau
             perbuatan itu tidak  sampai ke tahap melampau,
             sudah tentu kami tidak bersusah payah
             membawa  anda semua ke  sini. Anda  semua
             patut  berbangga  diberi  peluang.  Bukan  semua
             pengguna laman sosial facebook mendapat


                                  11
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21