Page 15 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 15

Phub

            anda kerana mungkin mereka yang membuat
            anda dapat melepasi tempoh pemulihan ini.
            Jangan bercakap kalau saya tidak izinkan.
            Kalau saya marah dan berasa tidak puas hati,
            saya mungkin akan mengarahkan topeng anda
            diletupkan. Sekali-sekala saya suka melihat orang
            berkelahi dan bergaduh. Kadang-kadang saya tak
            peduli langsung apa yang anda buat. Saya akan
            perhatikan sahaja diam-diam. Seperti yang saya
            katakan tadi, saya sukar dijangka. Cuma satu hal
            yang pasti, saya boleh letupkan topeng anda pada
            bila-bila masa, bergantung pada emosi saya. Oh,
            ya! Saya yang menetapkan peraturan di sini dan
            terpulang kepada saya untuk menentukan sesuatu
            itu benar atau salah.”
                Wanita itu berdehem sebelum menghirup
            segelas wain. Dia kelihatan seolah-olah sedang
            berada dalam pesta alam fantasi.
                “Tentu ramai yang tertanya-tanya apa
            sebenarnya yang saya mahukan daripada
            anda semua. Tak… saya tak mahukan apa-
            apa. Err… bukan begitu sebenarnya. Mungkin
            saya mahu melihat anda terseksa dan sedar,
            mahu anda semua insaf apa yang patut dan
            tidak patut anda lakukan. Beberapa tahun
            lepas   kita   digembar-gemburkan     dengan
            berita Bunraku yang menangkap orang jahat


                                 10
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20