Page 4 - Jom Belajar Pengaturcaraan Python
P. 4

BAB                                                                  Python  Bab 1
              1              Pengenalan kepada Bahasa



                             Pengaturcaraan PYTHON




           Definisi Bahasa Pengaturcaraan                                                           TM

           Kita boleh melakukan banyak perkara dalam kehidupan dengan bantuan komputer. Akan tetapi,
           semasa memberi arahan kepada komputer, kita perlu menggunakan bahasa yang boleh difahami
           oleh komputer iaitu bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan ialah bahasa yang ditulis
           dalam bentuk kod arahan dan digunakan oleh pengaturcara (programmer) untuk memberikan
           arahan kepada komputer bagi melaksanakan sesuatu tugas yang sesuai dengan keinginan kita.


           Apa Itu Python?
           Python telah dibangunkan oleh Guido Van Rossum dan nama Python berasal dari salah satu
           acara komedi tahun 70-an yang disiarkan oleh BBC. Python adalah perisian percuma yang mana
           anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran.
               Python telah diungkapkan sebagai “a powerful modern computer programming language”.
           Python ialah sejenis bahasa pengaturcaraan moden yang mudah dipelajari dan membenarkan
           anda menggunakan pemboleh ubah (variables) tanpa membuat pengisytiharan. Bahasa
           pengaturcaraan Python merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dapat
           beroperasi dalam hampir semua platform, seperti Windows, Mac OS X dan keluarga UNIX.

           Memuat Turun dan Cara Memasang Perisian Aplikasi Python 3.5.2

             1.  Layari laman sesawang https://www.python.org. Pilih menu Downloads. Paparan berikut
               akan ditunjukkan. Anda akan dapat versi semasa iaitu Python 3.7.4 dipaparkan. Klik pada
               Download Python 3.7.4 dan muat turun akan dilaksanakan.


                                       1 Layari laman sesawang ini.






                                          4 Untuk mendapatkan versi lama.

                                                          2 Versi semasa.










                               3 Muat turun dipaparkan.



                                                                                                  1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9