Page 7 - Jom Belajar Pengaturcaraan Python
P. 7

Python  Bab 1






































          9.  Ikon shortcut bagi IDLE (Python 3.5 32-bit) akan muncul di Desktop. Dwiklik pada ikon
             tersebut dan aplikasi Python akan dilancarkan.
         10.  Terdapat dua kaedah untuk menulis kod arahan Python. Kaedah pertama menggunakan
             Python 3.5.2 Shell iaitu paparan yang muncul apabila aplikasi Python dilancarkan. Kod
             yang ditulis akan ditafsir serta-merta oleh pentafsir Python setelah butang Enter ditekan.

         11.  Kaedah kedua pula membolehkan anda menulis suatu segmen kod terlebih dahulu tanpa
             ditafsir baris demi baris dengan menggunakan New File. Pada paparan Python 3.5.2 Shell,
             Klik File > New File dan satu tetingkap kosong akan dipaparkan. Segmen kod yang ditaip
             dalam tetingkap kosong ini tidak akan ditafsir baris demi baris.

         12.  Apabila anda telah siap menulis kod, anda perlu menyimpan fail anda. Setelah simpan, anda
             boleh menguji segmen kod anda. Klik pada Run > Run Module untuk memulakan pentafsiran.



                  Catatan:                                   Anda digalakkan
                  Versi lama Python 3.5.2                     menggunakan
                  digunakan dalam buku                       aplikasi Python
                                                               versi terkini.
                  ini sebab mengikut Buku                   Selamat mencuba!
                  Teks Asas Sains Komputer
                  Tingkatan 2.





           4







   Bab 1.indd   4                                                                                  9/5/19   9:53 AM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12