Page 8 - Jom Belajar Pengaturcaraan Python
P. 8

Python  Bab 1
           Memulakan Aplikasi Python

           Apabila anda melancarkan aplikasi Python, kelihatan tetingkap Python 3.5.2 Shell dipaparkan
           pada skrin komputer anda. Di sini, Python berada dalam mod pentafsir (interpreter mode) dengan
           menggunakan IDLE atau  command shell berserta dengan Python  prompt iaitu simbol “>>>”
           yang menunggu pengguna memasukkan input. Berikut merupakan paparan pada skrin komputer
           setelah aplikasi Python dilancarkan:


















               Sebagai permulaan, anda digalakkan untuk membuat komen, nota atau catatan pada
           program anda bagi menjelaskan apa yang anda ingin lakukan, menerangkan tentang andaian
           yang dibuat atau keputusan-keputusan penting yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah
           dan sebagainya. Catatan yang anda buat akan dapat membantu pembaca untuk memahami apa
           yang dilakukan oleh program yang anda bangunkan. Penggunaan simbol “#” membolehkan anda
           membuat catatan pada program anda. Berikut adalah contoh untuk menulis komen atau catatan
           pada program:




















           Anda juga boleh membuat catatan anda selepas fungsi print seperti berikut:






           Dalam arahan Python, apa-apa catatan atau nota yang dibuat selepas simbol “#” merupakan
           komen yang dapat membantu kita mengingat kembali tujuan sesuatu arahan itu dibuat. Semasa
           uji lari dilaksanakan, komen ini diabaikan dan ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kod
           arahan bagi sesuatu program yang dibangunkan.



                                                                                                  5







   Bab 1.indd   5                                                                                  9/5/19   9:53 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13