Page 27 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 27
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
6
Petikan
1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Bab 1
Huraikan pendapat anda tentang sambutan kemerdekaan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
PETALING JAYA, 18 Ogos – Semua plaza tol di seluruh negara akan menghentikan operasi
selama sepuluh minit pada malam 30 Ogos ini bagi memeriahkan sambutan detik 12 malam
yang akan diadakan di lokasi berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.
Dalam tempoh itu, semua lorong di plaza tol kecuali lorong kecemasan untuk ambulans dan
bomba akan ditutup bagi semua kenderaan.
Penutupan sementara itu dilakukan lima minit sebelum dan lima minit selepas 12 malam
dan membabitkan kira-kira 100 buah plaza tol termasuk lebih daripada 70 buah plaza tol di
bawah kendalian Plus Expressway Berhad (PLUS).
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DI MERATA-RATA TEMPAT
Tuan pengarang,
Baru-baru ini kita terkejut apabila Perdana Menteri secara terang-terangan dan penuh
emosi menyatakan kekecewaan beliau terhadap keadaan di beberapa kawasan di ibu kota
yang dicemari sampah sarap. Nampaknya teguran tersebut menjadi isu negara sehingga ada
sesetengah pihak yang melatah dan menuding jari kepada orang lain. Kita tidak harus saling
menyalahkan, sebaliknya bekerjasama untuk mengatasinya.
3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan kanak-
kanak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Dua puluh tahun yang lalu, kisah kanak-kanak yang berkebolehan membaca pada usia tiga atau
empat tahun sering mendapat tempat istimewa di dada akhbar. Kebolehan membaca pada usia
tersebut dianggap istimewa dan mungkin hanya satu dalam seribu orang kanak-kanak yang mampu
berbuat demikian.
Hal ini demikian kerana, pada waktu itu hampir tiada sistem pembelajaran prasekolah
yang menawarkan kaedah berkesan untuk merangsang minda kanak-kanak supaya mereka
dapat membaca seawal dua tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang mampu membaca pada usia
awal dianggap luar biasa. Pada tahun 1990-an, kewujudan pusat pembelajaran kanak-kanak
yang menawarkan pelbagai kaedah cepat membaca bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Mungkin tiada sesiapa pun menyedari bahawa kaedah cepat membaca telah mula
diperkenalkan di negara kita sejak tahun 1963. Kebanyakan penulis buku tentang kaedah cepat
membaca pada masa ini tidak pernah memaklumkan pengasas kaedah yang semakin popular
di seluruh negara itu.
24
01 Focus SPM BM.indd 24 12/6/19 4:38 PM

