Page 29 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 29

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                          Pelbagai rintangan kami lalui, antaranya menempuh ladang lalang, paya bakau, dan
                     kebun  rumbia  yang  penuh  dengan  nyamuk  dan  lecak.  Setelah  dua  jam  berjalan,  akhirnya
                     kami sampai di kaki gunung. Kami berehat tanpa mempedulikan rakan-rakan yang lain.
                     Ternyata kami terlalu penat. Menurut Saudara Mohd. Shahrin, kami berada kira-kira tujuh
                     kilometer  dari kemuncak Gunung Kenderung.  Menurutnya lagi, kami sedang berada di
         Bab     1
                     hutan Kerau, iaitu sebuah  kawasan yang telah dicadangkan oleh kerajaan Kedah sebagai
                     ladang herba yang terbesar di Malaysia.
                          Kami memasak untuk makan tengah hari dan solat zuhur. Kami diberitahu oleh pemandu
                     ekspedisi bahawa anak sungai ini merupakan punca bekalan air yang terakhir sebelum tiba di
                     kemuncak Gunung Kenderung. Dengan itu, setiap peserta dikehendaki membawa dua botol
                     air untuk kegunaan sendiri. Situasi ini amat memenatkan peserta. Oleh sebab itu, empat orang
                     peserta ekspedisi menarik diri dan memohon dihantar pulang ke rumah.


                3.  Baca catatan di bawah ini dengan teliti.

                   Huraikan pendapat anda tentang  faktor-faktor penghalang pembentukan keluarga bahagia.
                   Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

                                                KELUARGA BAHAGIA

                     25 Ogos 20XX
                     7.00 pagi
                          Pagi-pagi  lagi  kami  sudah  berada di  rumah baharu  untuk  membersihkan  rumah
                     tersebut secara gotong-royong. Ayah membahagi-bahagikan tugas sebelum acara gotong-
                     royong itu dijalankan. Ibu dan kakak diminta untuk membersihkan serta mengemaskan
                     peralatan dan perkakas di bahagian dapur. Aku dan abang keduaku, Saiful pula diarahkan
                     untuk membersihkan semua bilik. Ayah dan  abang  sulungku, Hairul akan mengemaskan
                     ruang tamu rumah dan menyusun perabot.

                     7.10 pagi
                          Kami mula menjalankan tugas masing-masing setelah menerima arahan daripada ayah.
                     Aku dan Abang Saiful menyimbah keempat-empat bilik di rumah kami dengan air sabun
                     lantas menggosok lantai dengan berus. Habis basah kaki seluar kami akibat terkena air
                     sabun. Di dapur pula, kedengaran pinggan mangkuk dikeluarkan dari kotak oleh ibu dan
                     kakak untuk disusun di dalam kabinet. Ayah dan Abang Hairul pula riuh-rendah berbual
                     sambil mengelap lantai di ruang tamu.


                     11.00 pagi
                          Kami selesai menjalankan tugas masing-masing. Kini, keadaan di dalam rumah tersusun
                     rapi dengan perabot dan kelengkapan lain mengikut tempatnya. Rumah kami kelihatan
                     kemas dan ceria.


                     12.00 tengah hari
                          Ayah dan Abang Saiful yang keluar kira-kira setengah jam yang lalu pulang dengan
                     membawa beberapa bungkus makanan dan minuman. Kami menikmati hidangan itu setelah
                     penat bergotong-royong. Kami berbual-bual sambil makan. Aku berasa sungguh gembira.
                     Hal ini demikian kerana, aku bukan sahaja dapat duduk di rumah baharu, bahkan juga
                     mempunyai keluarga yang bahagia.


                 26






         01 Focus SPM BM.indd   26                                                                      12/6/19   4:38 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34