Page 28 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 28
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
7
Catatan Bab 1
1. Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengurusan masa. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
ISNIN
7.30 pagi
Ketika bangun daripada tidur, cuaca sudah terang-benderang. Jam di dinding menunjukkan
pukul 7.30 pagi. Alamak, aku sudah terlewat! Hari ini ada ujian Matematik di kelasku.
7.50 pagi
Di perhentian bas tidak jauh dari rumahku, kulihat tiada seorang pun murid sekolah.
Sahlah bahawa aku ketinggalan bas. Aku cepat-cepat menahan sebuah teksi. Sebaik-baik
tiba di sekolah, aku terus berlari menuju ke kelasku. Guru Matematik, Cikgu Badrul
sudah berada di kelas dan ujian sudah pun bermula. Aku segera mengetuk pintu kelas
lantas meminta maaf daripada Cikgu Badrul atas kelewatanku. Nasibku baik kerana ujian
baru sahaja bermula. Aku cepat-cepat duduk di tempatku serta mengeluarkan alat tulisku.
Namun demikian, nasib masih tidak menyebelahiku. Alat tulisku tertinggal di atas meja
belajarku di rumah. Inilah padah yang terpaksa aku terima. Akibat tidur lewat malam tadi,
aku bangun lambat dan kelam-kabut.
2. Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti kokurikulum di sekolah. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
FAEDAH-FAEDAH AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH
20 Mei 20XX (Jumaat)
Semua peserta ekspedisi ke Gunung Kenderung berkumpul di Dataran Merdeka pada
pukul 6.30 petang. Setelah semua peserta mendaftar dan menyerahkan surat “Akur Janji”,
kami bertolak ke destinasi yang dituju pada pukul 7.00 malam dengan menaiki sebuah bas
yang disewa khas oleh penganjur. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang enam jam.
Pada pukul 1.30 pagi, kami sampai di pekan Grik. Di sini kami menunaikan solat subuh
secara berjemaah dan bersarapan beramai-ramai.
21 Mei 20XX (Sabtu)
Setelah selesai bersarapan, iaitu kira-kira pada pukul 9.00 pagi, kami bertolak ke
Kampung Pahat yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari pekan Grik. Kami mendengar
taklimat daripada dua orang penunjuk arah, iaitu Encik Mohd. Sharin dan Encik Nasir yang
berpengalaman dalam bidang pendakian. Mereka merupakan penduduk tempatan Kampung
Pahat. Selepas mendengar taklimat, kami diarahkan untuk memilih seorang ketua dan
penolong ketua dalam kalangan peserta. Kami memilih Saudara Mohd. Shahar bin Hashim
sebagai ketua dan Saudari Nor Ashlia Helan binti Abdullah sebagai penolong ketua. Setelah
semua peserta bersedia, kami melakukan senaman ringan. Setelah itu, kami mula bergerak
menyusuri sungai.
25
01 Focus SPM BM.indd 25 12/6/19 4:38 PM

