Page 24 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Pendidikan Moral
P. 24
Pendidikan Moral Tingkatan 1 Unit 8
Tarikh: ............................
Modul
PBD
PBD SP: 3.1.5 Mengamalkan cara hidup sejahtera dalam kalangan warga sekolah daripada pelbagai kaum Buku Teks ms: 90
PBD
5. Nyatakan tindakan yang perlu anda lakukan berdasarkan situasi berikut. TP4 Nilai Teras Sivik Kegembiraan
KBAT Mengaplikasi
(a) Semasa ingin menggunakan tandas sekolah, anda mendapati sebuah singki telah tersumbat.
Saya tidak akan menggunakan singki tersebut dan akan melaporkan hal tersebut kepada guru.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(b) Sewaktu pulang dari sekolah, rakan anda ingin melintas jalan raya tanpa menggunakan khidmat
pengawal lalu lintas kerana mengejar masa.
Saya akan menegur sikap rakan dan mengajak rakan melintas jalan raya menggunakan
khidmat pengawal lalu lintas demi keselamatan.
(c) Semasa dalam perjalanan ke kantin, anda melihat seorang murid membuang sampah ke dalam
longkang.
Saya akan menyuruh murid itu mengutip sampah itu semula dan membuangnya ke dalam
tong sampah.
(d) Sekolah anda mengadakan aktiviti mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula
bersempena dengan Minggu Alam Sekitar. Hasil jualan barang-barang tersebut akan disumbangkan
kepada akaun PIBG sekolah.
Saya akan menyertai aktiviti tersebut dengan membawa barang-barang yang boleh dikitar semula
ke sekolah.
(e) Anda bangun lewat dan ketinggalan bas. Apabila sampai di sekolah, anda telah ditahan oleh guru
disiplin di hadapan pintu pagar.
Saya akan meminta maaf daripada guru disiplin dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu
lagi.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya:
• mempraktikkan peranan untuk meningkatkan kesejahteraan warga sekolah dalam pelbagai situasi
59 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
08-Hybrid P Moral Tg1.indd 59 14/09/2021 4:58 PM

