Page 26 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Pendidikan Moral
P. 26
Pendidikan Moral Tingkatan 1 Unit 8
Tarikh: ............................
Modul
PBD SP: 3.1.5 Mengamalkan cara hidup sejahtera dalam kalangan warga sekolah daripada pelbagai kaum Buku Teks ms: –
PBD
PBD
8. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat supaya
warga sekolah hidup sejahtera? TP6 KBAT Mengaplikasi
• Menyediakan alat kawalan kebakaran di kawasan sekolah seperti pili bomba dan alat pemadam api
• Menjaga pintu masuk sekolah dengan rapi pada setiap masa melalui khidmat pengawal keselamatan
dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
• Menyediakan pelan kecemasan seperti pelan larian ke padang dan pelan tangga kecemasan
• Mempamerkan papan tanda tentang amaran bahaya di kawasan sekolah seperti amaran petir di padang
dan bahan berbahaya di makmal sekolah
• Meningkatkan tahap keselamatan di jalan-jalan berdekatan sekolah seperti kawalan trafik
oleh pengawal keselamatan dan penyediaan lintasan belang
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah) Pendidikan Sivik
PAK-21 Think-Pair-Share
Tajuk: Kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah
Langkah-langkah:
1. Guru memberikan soalan-soalan yang berikut kepada murid-murid.
(a) Ciri-ciri yang patut ada pada warga sekolah
(b) Kepentingan memastikan sekolah sejahtera
(c) Peranan anda untuk memastikan sekolah sejahtera
(d) Kesan jika sekolah tidak sejahtera
2. Murid-murid diberikan masa untuk berfikir tentang topik yang diberikan.
3. Setiap murid akan menulis jawapan di atas sehelai kertas.
4. Guru mengarahkan murid-murid memilih pasangan masing-masing dan meminta mereka
membandingkan dan berbincang tentang jawapan dengan pasangan masing-masing.
5. Kemudian, murid-murid berkongsi jawapan mereka dengan rakan-rakan lain di dalam kelas.
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya:
• mengamalkan cara hidup yang sejahtera dalam kalangan warga sekolah secara tekal atau boleh dicontohi
61 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
08-Hybrid P Moral Tg1.indd 61 14/09/2021 4:58 PM

