Page 8 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 8

Pengajian Am Semester 2  STPM  Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera

                       Pengenalan


                  1  Berteraskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
                    negara maju, rakyat perlulah bersatu padu serta mempunyai satu
                    fokus ke arah membawa kemajuan kepada negara.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                  2  Bangsa Malaysia perlu mempunyai cita-cita dan minda yang sama,                             BAHAGIAN
                    iaitu untuk menikmati kesejahteraan hidup dengan merealisasikan
                    sebuah negara maju.                                                                       2
                  3  Identiti negara Malaysia akan dikenali di seluruh pelosok dunia
                    sebagai suatu bangsa yang maju dan moden serta patut dicontohi oleh
                    negara-negara yang lain terutama sekali negara-negara yang terdiri
                    daripada rakyat yang berbilang kaum.
                  4  Oleh itu, setiap individu perlu berpegang teguh pada impian untuk
                    menjadikan Malaysia  sebuah  negara  maju  yang  akan membawa
                    bersama kesejahteraan negara tanpa mengira kaum dan agama.
                    Negara  yang  maju  ialah  negara  yang  dapat  mensejahterakan  dan
                    membahagiakan rakyatnya.
                  5  Definisi negara maju dan sejahtera    ‘14, ‘15, ‘16
                    Walaupun tiada satu set kriteria untuk menentukan status sesebuah
                    negara, namun sebuah negara maju boleh diertikan sebagai sebuah   Keluaran dalam negara kasar
                    negara  yang  menunjukkan pertumbuhan ekonomi  dan  sekuriti    (KDNK) ialah suatu cara untuk
                    yang tinggi. Kriteria yang biasanya diguna pakai untuk mengukur   mengukur ekonomi nasional.
                    pertumbuhan ekonomi ialah  Keluaran Dalam Negara Kasar          KDNK juga bermaksud jumlah
                    (KDNK),  tahap perindustrian,  kualiti hidup, dan  infrastruktur.   nilai pasaran keseluruhan
                                                                                    barangan dan perkhidmatan
                    Di samping itu, kriteria bukan ekonomi lain yang digunakan untuk   terakhir yang dikeluarkan pada
                    menilai tahap pembangunan sesebuah negara adalah seperti indeks   masa tertentu.
                    kualiti hidup yang menggambarkan tahap pencapaian pendidikan,
                    kadar celik huruf, dan kesihatan.
                  6  Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) digunakan untuk menilai
                    tahap kemajuan dan kesejahteraan rakyat dalam satu tempoh masa   Indeks Kualiti Hidup Malaysia
                    tertentu.                                                       (IKHM) diwujudkan bertujuan
                                                                                    untuk menilai keberkesanan
                  7  IKHM merupakan komposit indeks yang merangkumi 11 komponen     dasar dan program
                    yang berkait rapat dengan konsep kualiti hidup.                 pembangunan sosioekonomi
                  8  Komponen tersebut terdiri daripada pendapatan dan pengagihan,   kepada kualiti hidup rakyat
                                                                                    Malaysia.
                    persekitaran kerja, pengangkutan  dan  komunikasi, kesihatan,
                    pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan
                    sosial, keselamatan awam serta kebudayaan, dan liburan.
                  9  IKHM dapat digunakan sebagai petunjuk bagi memahami perubahan
                    dan kemajuan kualiti hidup rakyat yang merangkumi aspek fizikal,
                    sosial, ekonomi, dan psikologi.
                 10  Hal ini membolehkan penilaian keberkesanan dasar ekonomi secara
                    menyeluruh dan seterusnya memberikan panduan dalam perancangan
                    dasar dan strategi pembangunan sosioekonomi pada masa hadapan.








                                                                                                        23






         STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd   23                                                                1/28/22   8:45 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13