Page 13 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 13
Pengajian Am Semester 2 STPM Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera
Sosial dan Budaya
1 Hasrat menjadi sebuah negara maju tidak harus mengorbankan
nilai-nilai sosial dan budaya berbilang kaum negara. Wawasan 2020
menyatakan bahawa negara Malaysia ingin mencapai negara maju
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
BAHAGIAN melalui “caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara
maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan
2 yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian
lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan
satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang
tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.”
2 Selain itu, Dasar Sosial Negara juga berpegang kepada pengukuhan
aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Dasar ini “bermatlamat untuk
Mewujudkan masyarakat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mampan dari aspek
penyayang dan budaya
menyayangi, iaitu sistem sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang
sosial yang mana kepentingan untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum dalam
masyarakat lebih utama persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya
daripada diri sendiri dan
kebajikan insan tidak berkisar tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil, dan
kepada negara atau individu saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020. ”
tetapi di sekeliling sistem 3 Setiap individu baik sebagai seunit keluarga mahupun sebuah
kekeluargaan yang kukuh. komuniti tanpa mengira kaum, jantina, fahaman politik, dan agama
(Cabaran Ketujuh Wawasan
2020) diberikan jaminan peluang yang sama untuk terlibat dalam proses
pembangunan negara.
4 Setiap orang boleh memberikan sumbangan masing-masing kepada
perkembangan negara dan seterusnya menikmati kesejahteraan hidup
yang berterusan.
5 Kemajuan negara hendak dicapai dengan matlamat untuk
mengurangkan atau menghapuskan ketidaksamaan keadilan sosial.
Semua rakyat berhak untuk berkongsi kekayaan negara dengan
lebih adil dan saksama. Semua rakyat berhak untuk menikmati
kesejahteraan dan kemajuan negara.
6 Melahirkan masyarakat penyayang dan budaya saling menyayangi
sangat penting. Budaya ini menekankan kepentingan negara melebihi
kepentingan individu. Sistem keluarga yang kukuh akan menjamin
negara yang kukuh. Keluarga yang sejahtera akan melahirkan negara
yang sejahtera.
7 Dari aspek budaya juga, rakyat harus disemai dengan budaya
kecemerlangan kerja misalnya mencontohi budaya kerja masyarakat
Jepun atau Korea Selatan yang menunjukkan komitmen kerja yang
begitu tinggi.
8 Budaya inilah yang telah memacukan pembangunan negara. Oleh
itu, sumber manusia yang berdisplin dan produktif serta memiliki
tahap kemahiran yang tinggi penting bagi menghadapi cabaran
pembangunan negara.
9 Kadar panjang umur (jangka hayat hidup).
Yang berikut ialah jadual perbandingan Jangka Hayat Hidup beberapa
buah negara maju berbanding dengan Malaysia.
28
STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd 28 1/28/22 8:45 AM

