Page 9 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Pengajian Am
P. 9

Pengajian Am Semester 2  STPM  Bab 2 Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera

                                               Agama dan Kepercayaan

                                          1  Kepercayaan membentuk pandangan kita terhadap dunia.
                                            Kepercayaan mampu membawa perubahan sikap yang menjadi asas
                                            kepada  keamanan dan pembangunan lestari yang menjadi fokus
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
           BAHAGIAN                       2  Agama dan kepercayaan menyediakan panduan untuk meneruskan
                                            untuk menuju ke arah negara maju.
          2                                 pelbagai program melalui pelbagai panduan hidup untuk memastikan
                                            kelestarian kehidupan. Prinsip-prinsip dan nilai dapat menggalakkan
                                            semangat keharmonian antara masyarakat yang berbilang kaum untuk
                                            sama-sama berkongsi aspirasi negara untuk mencapai kemajuan dan
                                            kesejahteraan negara.
                                          3  Prinsip pertama Rukun Negara juga  menekankan prinsip
              Rukun Negara
              1. Kepercayaan kepada Tuhan   keagamaan, iaitu  Kepercayaan kepada Tuhan. Bangsa dan negara
              2. Kesetiaan kepada raja dan   ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
                negara
              3. Keluhuran perlembagaan     Melalui kepercayaan beragama inilah akan mewujudkan bangsa dan
              4. Kedaulatan undang-undang   negara yang berdaulat.
              5. Kesopanan dan kesusilaan    4  Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari kepentingan
                                            agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
                                          5  Ketiadaan  agama  boleh  meruntuhkan  keperibadian  seseorang  dan
                                            juga sesuatu bangsa dan negara.
                                          6  Menyedari pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
                                            terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
                                            prinsip pertama dalam Rukun Negara.
                                          7  Wawasan 2020 pula menekankan matlamat “Malaysia akan menjadi
                                            negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan
              Wawasan 2020 merupakan        corak negara maju yang ada sekarang. Hal ini juga meliputi pewujudan
              suatu pemikiran dan rangka
              kerja mengenai matlamat       suatu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang
              Malaysia menjadi sebuah       tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.”
              negara maju pada tahun 2020.    8  Langkah untuk mencapai sebuah negara yang maju dan sejahtera
                                            adalah dengan  melahirkan masyarakat yang bermoral dan
                                            beretika sepenuhnya. Pada masa yang sama, ahli-ahli masyarakatnya
                                            mempraktikkan prinsip dan nilai keagamaan dan kepercayaan serta
                                            berpegang teguh kepada tahap nilai etika yang paling tinggi.

                                               Ekonomi


                                          1  Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan usaha kerajaan
                                            untuk  memacu negara ke arah negara maju. Aspek ekonomi
              Program Transformasi          memainkan peranan yang sangat mustahak untuk membawa
              Ekonomi (ETP) merangkumi
              Model Ekonomi Baru, 12        perkembangan dan pembangunan negara yang pesat.
              Bidang Ekonomi Utama        2  Pencapaian status maju hendaklah dicapai tanpa meninggalkan
              Negara (NKEA), 8 Inisiatif    mana-mana kaum atau komuniti. Semua kaum atau komuniti harus
              Pembaharuan Strategik (SRI)
              dan 131 Projek Penggerak      menikmati perkembangan  ekonomi dan  keadilan  masyarakat.
              Ekonomi (EPP).                Pengagihan kekayaan negara harus dilakukan secara adil dan saksama
                                            supaya perkongsian ini memberikan manfaat kepada setiap rakyat
                                            dalam perkembangan ekonomi.


               24






         STPM PA P2_Bhg 2_Bab2.indd   24                                                                1/28/22   8:45 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14