Page 3 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 3
SPM
SPM
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis
3 SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
A Morfologi
Panduan Menjawab Soalan Morfologi
1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fahami kehendak soalan.
2. Anda tidak dibenarkan untuk mengambil ayat dalam petikan ataupun keseluruhan kertas soalan, sebaliknya
anda perlu membina ayat sendiri.
3. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan soalan. Oleh itu, murid hendaklah membaca arahan soalan
dengan teliti.
4. Jumlah markah tidak tetap bagi setiap pecahan soalan dan bergantung pada arahan soalan.
5. Skema pemarkahan ialah analitik.
MARKAH
8
LATIHAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata adjektif. Kemudian,
anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Cemperai ialah pokok renek bersaiz kecil yang berketinggian lebih kurang empat meter dan tumbuh
di kawasan yang beriklim tropika, termasuklah Malaysia. Cemperai mempunyai daun yang berbentuk
bujur dan bersaiz lebih kurang 20 cm panjang dan mempunyai buah bersaiz lebih kurang antara 5 mm
hingga 10 mm dan mempunyai lebih daripada lima biji dalam satu tangkainya. Warna buah cemperai
berubah-ubah, iaitu hijau ketika muda, kuning ketika separuh masak dan merah apabila cukup matang
atau cukup masak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ekstrak Pucuk Cemperai Rawat Air’
oleh Awang Eh Rak, Dewan Kosmik, Bil. 9, 2017
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 22 4/1/21 9:11 AM

