Page 7 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 7

Bahasa Melayu  Ting. 4  Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

                                                                                           MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 5
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti  dan senaraikan  tiga kata hubung  gabungan. Kemudian, anda
           dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
           bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
           imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


                   Kedinamikan  dan kerelevanan falsafah  yang terungkap  dalam  peribahasa  Melayu  merentas
              zaman dan peradaban. Keunikan yang terserlah dan terpancar melalui peribahasa jelas menggambarkan
              kekreatifan dan ketajaman pemikiran serta daya fikir kritis masyarakat Melayu tradisional. Keakraban dan

              keintiman masyarakat dengan alam semula jadi telah menginspirasikan bait kata yang indah, tersusun, dan
              puitis. Pemikiran yang terkandung dalam kumpulan peribahasa seperti pepatah, bidalan, perumpamaan,
              perbilangan, kata hikmat, atau simpulan bahasa melambangkan pemikiran orang yang bijaksana.

                                          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Serangga dalam Peribahasa Melayu’
                                                     oleh Mohamad Zuber Ismail, Pelita Bahasa, Bil. 5, 2014





















                                                                                           MARKAH
                                                                                                   6
           LATIHAN 6
           Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata bilangan. Kemudian, anda dikehendaki untuk
           membina  satu  ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
           faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
           menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                   Penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Bebo, dan MySpace, kini begitu meluas
              dalam  kalangan masyarakat  di  Malaysia.  Boleh  dikatakan  hampir  semua  orang  memiliki  sekurang-
              kurangnya satu akaun laman  web sosial. Laman  web sosial membenarkan  pengguna untuk berhubung
              dan berinteraksi antara satu sama lain menerusi beratus-ratus aplikasi yang disediakan sama ada e-mel,
              perbualan  video atau  suara dalam  talian,  dan perkongsian  fail. Pengguna bebas memasukkan  apa-apa
              sahaja maklumat ke dalam laman sosial mereka tanpa menyedari akan risiko yang boleh menimpa seperti
              pencerobohan kerahsiaan.

                                                    Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kerahsiaan di Internet’
                                                          oleh Maslin Masrom, Dewan Siswa, Bil. 10, 2012




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              26






      03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd   26                                                        4/1/21   9:11 AM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12