Page 4 - Praktis Hebat 2021 - Bahasa Melayu F4
P. 4
Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
MARKAH
6
LATIHAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki untuk
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Pasukan kami sering melalui liku-liku yang belum tahu penghujungnya. Ada kalanya, kami cukup
berbangga akan pasukan yang mencipta kejayaan dalam perjuangan mereka, malah lebih daripada itu.
Kami bersorak-sorai untuk meraikan mereka yang berjuang demi nusa. Tercipta dalam lipatan sejarah,
kami berjaya menggegar ego kuasa besar dalam dunia permainan sfera bersegi lima ini. Rembatan
demi rembatan merobek angkuh manusia itu. Suatu ketika, tanpa disangka-sangka oleh mantan penjajah
yang mencengkam negara kami, anak watan kami berhasil memusnahkan benteng mereka dengan satu
rembatan dari jauh. Kami bangga!
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sfera Bersegi Lima, Sebutir Maruah’
oleh Fathul Khair Mohd. Dahlan, Dewan Siswa, Bil. 4, 2012
23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 Praktis Hebat BM Tg4_p22-44.indd 23 4/1/21 9:11 AM

