Page 27 - RANGER SPM PERNIAGAAN
P. 27

Perniagaan  SPM  Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
                2.  Maklumat berikut menunjukkan keadaan yang berlaku di negara Q.

                              •  Penurunan simpanan individu
                              •  Peningkatan jumlah barangan di pasaran
                              •  Permintaan terhadap barangan semakin berkurangan

                  (a)  Apakah masalah ekonomi yang berlaku di negara Q?           [1 markah]

                  (b)  Terangkan tiga kesan akibat berlaku keadaan tersebut.
                                                                                  [6 markah]
         Tingkatan 4  (c)  Bagaimanakah kerajaan membendung keadaan tersebut?  KBAT Menilai
                                                                         KBAT

                                                                                  [3 markah]

                3.  (a)  Terangkan tiga trend persekitaran perniagaan yang dipengaruhi oleh faktor dalaman
                      dan faktor luaran persekitaran perniagaan.                  [6 markah]
                   (b)  Nyatakan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan trend perniagaan
                      meningkat.                                                  [4 markah]


              Bahagian B

                4.  Maklumat berikut berkaitan dengan Tok Long Food Industries Sdn. Bhd.

                   Tok Long, pengasas perniagaan jeruk buah-buahan Tok Long Food Industries Sdn.
                   Bhd.  memulakan perniagaan dengan modal kecil. Jeruk-jeruk yang dihasilkan adalah
                   daripada buah-buahan segar berkualiti dari ladang tepilih. Rasanya yang enak dan
                   bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini
                   daripada pihak MARDI.
                   Pada tahun 2016, dengan bantuan kewangan sebanyak RM35 000 daripada MARA,
                   Tok Long berjaya mendirikan sebuah kilang baharu. Semenjak itu, perniagaan Tok Long
                   telah diusahakan secara komersial dan ditukarkan namanya menjadi Tok Long Food
                   Industries Sdn. Bhd.. Kilangnya  memproses jeruk dengan menggaji pekerja yang rata-
                   rata terdiri daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran. Walaupun tahap
                   mengeluarkan jeruk dengan skala besar namun kilang itu masih menggunakan tenaga
                   manusia sepenuhnya untuk kerja-kerja mencuci buah, pemeraman, penggaraman,
                   pemotongan dan pembungkusan.  Kilang ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan
                   kepada 100 orang dan berjaya meningkatkan sumber pendapatan mereka ke arah
                   yang lebih baik.
                   Kini, dengan bantuan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan MATRADE,
                   Tok Long Food Industries Sdn. Bhd. mampu menembusi pasaran antarabangsa.

                  (a)  Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan pusat yang telah dilaksanakan ke
                      atas perniagaan Tok Long? Jelaskan.                         [8 markah]




         52                                                                                                                                                                                     53





       02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   52                                                  16/06/2020   10:23 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31