Page 23 - RANGER SPM PERNIAGAAN
P. 23

Perniagaan  SPM  Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan

                 2.4    Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi
                        Perniagaan

                1. Berikut  adalah  kesan perubahan persekitaran  terhadap perniagaan berdasarkan
                  aspek pasaran, trend, dan undang-undang.
                                             Kesan perubahan terhadap organisasi
                      Aspek     Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
         Tingkatan 4            •  Fesyen dan gaya hidup pengguna berubah mengikut masa.
                   Pasaran
                                  Perniagaan perlu membuat perubahan berdasarkan pasaran supaya
                                  tidak terlepas syer pasaran yang dapat dikuasai. Contohnya,
                                  komputer meja telah berubah menjadi komputer riba serta tablet
                                  yang membolehkan pengguna membawa ke merata-rata tempat
                                  untuk menggunakannya.
                                Lambakan barang import
                                •  Lambakan merujuk aktiviti jual barang import dalam pasaran
                                  tempatan pada harga yang lebih rendah daripada kos pengeluaran
                                  atau harga keluaran di pasaran dalam negara tersebut. Ini akan
                                  menjejaskan perniagaan tempatan.
                                Pembangunan dalam teknologi
                                •  Ini dapat mewujudkan barangan baharu serta menyebabkan
                                  barangan versi lama semakin berkurang.
                   Trend guna   Peningkatan dalam permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
                   tenaga       akan menyebabkan pengeluaran firma-firma meningkat. Lebih banyak
                                guna tenaga diperlukan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan.
                                Oleh itu, akan berlaku peningkatan dalam trend guna tenaga.
                   Trend        Apabila pendapatan boleh guna masyarakat meningkat, perbelanjaan
                   pendapatan   masyarakat turut akan bertambah. Ini akan merancakkan
                                pertumbuhan ekonomi.
                   Trend        Trend pertumbuhan ekonomi yang berkembang memberi
                   pertumbuhan   kesan positif kepada perniagaan. Kerajaan berperanan untuk
                   ekonomi      memperkukuhkan tahap pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan
                                dasar-dasar.
                   Undang-      Perniagaan perlu sentiasa peka terhadap undang-undang yang
                   Undang       diluluskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
                                Kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang termasuklah:
                                •  Melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
                                •  Mewujudkan sistem perniagaan yang adil
                                •  Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan




              PRAKTIS      FORMATIF           4


                 1.  Nyatakan tiga kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang.


         48                                                                                                                                                                                     PB





       02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd   48                                                  16/06/2020   10:23 AM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28