Page 28 - RANGER SPM PERNIAGAAN
P. 28
Perniagaan SPM Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
(b) Apakah jenis pengangguran yang mungkin berlaku semasa perkembangan
perniagaan Tok Long? Bagaimanakah Tok Long Food Industries Sdn. Bhd.
KBAT
mengatasi jenis pengangguran tersebut. KBAT Menganalisis [3 markah]
(c) Jelaskan faktor dalaman yang membawa perubahan kepada jenis produk yang
dihasilkan oleh Tok Long Food Industries Sdn. Bhd.. [4 markah]
1. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat. Tingkatan 4
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak
RM361.9 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. Kumpulan hartanah
itu pada masa kini mempunyai kira-kira 2 125 ekar (859 hektar) tanah yang
belum dimajukan dengan baki nilai pembangunan kasar (GDV) dan jualan
belum dibilkan kira-kira RM27.6 bilion, dijangka boleh menyokong pertumbuhan
pendapatannya bagi lapan tahun akan datang.
Memandang pembelian bagi rumah mampu milik pada tahun 2017 adalah kukuh,
Mah Sing meletakkan 74% sasaran jualan berjumlah RM1.8 bilion bagi tahun
2018 terhadap produk berharga di bawah RM500 000.
Mah Sing mencapai sasaran jualannya tahun lalu disokong oleh kempen
“Reinvent Affordability”, yang mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan
pemilikan rumah dengan menyediakan produk mampu milik di bawah
RM500 000 dengan spesifikasi bagus dan lokasi strategik berhampiran
pengangkutan awam.
Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online
Berdasarkan petikan di atas, anda dikehendaki membuat analisis SWOT ke atas
KBAT
Syarikat Mah Sing. KBAT Menganalisis
52 53
02.4 RANGER PENIAGA SPM.indd 53 16/06/2020 10:23 AM

