Page 10 - FOCUS KSSM TG 4 P.ISLAM
P. 10
Pelajaran
Al-Quran
5 Memahami Sunatullah
KATA KUNCI
Sunatullah
Perang Uhud
Berdukacita
Ketetapan
Kejayaan
Kemusnahan
Pengajaran
Darjat
Allah menyuruh umat manusia mengembara di muka bumi untuk meneliti dan mengamati
sehingga mereka mengetahui bahawa Allah SWT dalam sunatullah telah mengaitkan
antara sebab dengan musababnya. Hal ini patut menjadi pengajaran bagi orang
yang bertakwa bahawa musibah yang menimpa kaum muslimin dalam Perang Uhud
adalah kerana mereka tidak memenuhi ketentuan (sunatullah) yang ditetapkan Allah
SWT untuk mencapai kemenangan. Oleh itu, orang mukmin dilarang bersikap lemah
semangat dan mudah kecewa kerana mereka adalah golongan lebih tinggi darjatnya
jika mereka benar-benar beriman kepada Allah SWT.
18
04 FOC ISLAM TG4 1P.indd 18 20/01/2020 12:00 PM

