Page 12 - FOCUS KSSM TG 4 P.ISLAM
P. 12

Pendidikan Islam  Tingkatan 4  Pelajaran 5  Memahami Sunatullah

             5.4     Konsep Sunatullah


               1.  Sunatullah ialah sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk
                 dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.
               2.  Dalil berkaitan sunatullah:
                 (a)  Sunatullah melibatkan semua makhluk.
                    Firman Allah SWT:



                      (Surah ar-Ra’d: 15)
                      Maksudnya: Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan
                      juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.


                 (b)  Sunatullah bersifat kekal dan tetap dengan izin Allah SWT.
                    Firman Allah SWT:
        5
        Pelajaran
                      (Surah al-Ahzab: 62)
                      Maksudnya: Demikianlah menurut sunatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu, kamu tidak akan
                      mendapati perubahan pada sunatullah itu.


                 (c)  Sunatullah adalah berkonsepkan sebab, musabab dan akibat.









                      (Surah an-Nur: 43)
                      Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian
                      dia  mengumpulkan  antara  bahagian-bahagiannya,  kemudian  dia  menjadikan tebal  berlapis-lapis?  Selepas  itu
                      engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit daripada
                      gumpalan awan besar lalu dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dia kehendaki serta menjauhkan
                      daripada sesiapa yang dia kehendaki. Sinaran kilat yang terpancar dari awan itu hampir-hampir menghilangkan
                      penglihatan.



             5.5     Kepentingan Mengkaji dan Meneliti Sejarah Umat Terdahulu


               1.  Mempelajari sejarah umat-umat terdahulu dan melihat kesan peninggalannya dengan melawat
                 serta mengembara ke tempat tersebut dapat memberi penjelasan, petunjuk dan pengajaran
                 melaluinya.
               2.  Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu:
                 (a)  Kaum Nabi Yusuf a.s.: menyimpan bekalan makanan semasa musim menuai atas cadangan
                    Nabi Yusuf a.s.. Kesannya, mereka selamat menghadapi musim kemarau yang panjang, iaitu
                    selama tujuh tahun.


                20




       04 FOC ISLAM TG4 1P.indd   20                                                                20/01/2020   12:00 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17