Page 8 - FOCUS KSSM TG 4 P.ISLAM
P. 8
Pendidikan Islam Tingkatan 4 Pelajaran 4 Larangan Rasuah
4.6 Kesan Perbuatan Rasuah
Kesan buruk/ akibat perbuatan rasuah:
Aspek Kesan Buruk/ Akibat Rasuah
• Hilang keberkatan dalam hidup.
• Kejatuhan moral atau maruah diri.
• Dipandang hina oleh masyarakat/ dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran.
• Terdorong melakukan kemaksiatan dan kejahatan.
Individu
• Menerima hukuman denda atau penjara.
• Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
• Dimasukkan ke dalam neraka sekiranya tidak bertaubat/ taubat tidak diterima oleh Allah.
• Allah SWT dan rasul-Nya melaknat pemberi dan penerima rasuah.
4 • Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah disebabkan
Pelajaran
mengenepikan hak-hak orang tertentu.
• Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah seperti membunuh, mengedar dadah,
penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan.
• Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan sehingga boleh mencetuskan
Masyarakat permusuhan.
• Membebankan golongan orang susah.
• Meningkatkan lagi tahap kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi
membantu rakyat miskin diselewengkan.
• Rakyat/ orang ramai akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan kerajaan seperti polis,
SPRM dan kastam.
• Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak.
• Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran kerajaan.
• Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
• Ekonomi negara akan terjejas teruk/ agenda pembangunan negara yang tidak seimbang/
terbantut.
Negara • Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
• Mengurangkan pendapatan negara.
• Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
• Imej negara pada mata dunia tercalar/ dipandang serong oleh negara lain kerana kerenah
birokrasi sistem pemerintahan.
• Hubungan dagangan yang sedia ada dengan negara lain akan terputus.
4.7 Pengajaran Ayat
1. Kita hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal dan bertepatan dengan syariat Islam.
2. Kita hendaklah menjauhi rasuah kerana perbuatan ini menzalimi orang lain.
3. Kita hendaklah mengelakkan bersumpah dengan sumpah yang palsu untuk memenuhi
kepentingan peribadi.
Praktis Formatif
1. Apakah hukum memberi dan menerima rasuah menurut pandangan hukum Islam?
2. Jelaskan maksud rasuah.
16
04 FOC ISLAM TG4 1P.indd 16 20/01/2020 12:00 PM

